myspace

my place to sit down and relax with you..

myspace


++ since :: march 22 . 2005 ++


Telunjukmu
dari dulu hingga kini bagai tiada sendi



friendship is like a puzzle
each for you have is a piece
some are on the border
some are close to the centre
each brings out a piece in us
that make us who we are
thank you..
for being an important piece of my life





++ F-R-I-E-N-D-S ++

a friend is someone
who knows the song in your heart
and can sing it back to you
when you have forgotten the words...





If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



June 19, 2008
saya kena NgaP... :(

taktau nak cakap camne..ni kan lagi nak tulis. sekali tu bila ingat balik, maybe ni balasan atas dosa-dosa yang saya ke? yang saya tak sedar ke? atau kerana saya yg jarang bebeno merapatkan sujud pada lewat2 tengah malam dan bermunajat kepadaNYA.

pada saya kejadian ni lebih kepada "PADAN MUKA AKU!" percaya sangat.

kawan saya ni, saya kenal masa mula2 keja lagi. sama-sama keje,sama-sama dok merapu bersembang. dia ni pernah saya anggap antara rafik terakrab walau kami pernah berpisah jauh kerana masing2 tranfer tapi kembali 1 opis lebih kurang 1 setengah taun yg lepas.  tapi akhir-akhir ni berubah benar dia. saya yg mengenalinya 14 tahun yg lalu pun dah rasa macam dah tak mengenali dirinya lagi. lain sangat-sangat. pernah dulu ada kawan-kawan yang pernah berpesan, hati-hati. sampaikan suami saya pun turut berpesan benda yang sama tapi saya ni masih juga menafikan..kononnya saya cukup mengenali dia. tapi ye la la..hati orang,kawan makan kawan. begitulah adanya.

mmmmm..nak kata apa lagi Sad PADAN MUKA AKU!!

 

Posted at 4:35 pm by pinkjambu
++ thingsUsaid ++(4)  

June 11, 2008
:) hai

tangkuban parahu,bandung

kiranya kat sini je la satu-satunya tempat bersejarah yg kami pegi. syok jugak dengar citer mitos tentang Dayang Sumbi, Sang Kuriang & Si Umang *sebenarnya mungkin terpesona dengan lenggok bahasa mereka yg sedap dan indah di dengar..hehe* lalu citer itu pun jadi menarik , kena pulak si tukang ceritanya yg basah berbicara.

Tangkubang Parahu, si gunung berapi ni dah tak aktif. Peniaga kat situ cakap last sekali gunung berapi ni meletup taun 1969, letupan ke 3. pastu terus da tak meletup2 lagi. dari kawasan tinggi tu pun kita masih lagi dapat hidu bau belerang yg kuat tapi kan, kawasan bukit tu memang cantik, sayur-sayur yg ditanam area situ memang gumuk-gumuk.geram sangat bila tengok.

Yang lain tu sume g melawat tempat-tempat shopping je..hehe.bahagia!bahagia!. i love Rumah Mode and The Heritage - factory outlet. mmg syok nak shopping sakan..its cheap and i love 'em all..baju,suor, panties, bras, skirts, towels,cadar..sume la senang citer.tapi bila dah banyak sangat pegi tempat shupin'..saya ni, 1 apa pun tak beli, kalau beli pun yang merapu2 je. telekung pun beli kat mama & mil je. kat diri seniri takde. adehhhh..sadis betul.Hurmph

ni nampak gaya kena g lagi la kan..al-maklum la,kan lupa nak beli kebaya & telekung *ahaks - alasan le tuuuu hikhikhik*Tongue

 

i had a great time in Jakarta n Bandung, loved the weather -21c n love to come back Shades

 

Posted at 10:35 am by pinkjambu
++ thingsUsaid ++(3)  

May 2, 2008
1998-2008

01 May 1998, selepas asar kami diijabkabul. Itu kenangan 10 tahun yang lalu dan semalam genaplah 10 tahun usia perkahwinan saya dan suami Smile

terima kasih kerana mengasihi & melindungi saya selama ini

 

 

Posted at 3:29 pm by pinkjambu
++ thingsUsaid ++(7)  

April 2, 2008
my herO

 

Hari ni rabu, semalam...

 

Selasa - dia main nila, habis dicatnya dinding dekat mesin basuh dan tile dlm tandas.

 

Isnin – sabun cuci kain 2kg dimasukkan ke dlm mesin basuh dengan alasan nak wangi kain kononnya baju yg mama saya cuci tu tak bersih kerana mama letak sabun sikit (sebenarnya tu dah bilasan air yg terakhir pun, jadi mana nak ada buih lagi! ) hailaaaa.

 

Ahad – dia rendam hippo (toys kakaknya) dlm sink kerana katanya tempat hippo memang di dalam air! Huwaaaaa

 

Jumaat dan Sabtu :

aktiviti biasa saja pasai umi cuti dan lepak sekali ngan adik

 

 

Khamis – dia cuci / basuh giant book kakaknya konon-konon buku tu warna dah blur, jd kalau basuh, mungkin kaler akan nampak terang! Huwaaaaa

 

Rabu – dia tabur sebotol bedak ( bedaknya lah) kat family area n master bed room. Habis.. huwaaaa .Ya rabbi. Anak jantan hakuuuuuuuuu!!

 

  

Dan saya :

 

rasa nak marah tu  sikit sangat daripada tak marah, ye la..bila di tanya mesti alasan yg diberikannya tu lojik dan slambe. tambahan pulak kebanyakkan masa kejadian tu saya takde kat umah jadi bila dapat tahu pun dah lewat, tak best la, nak bising-bising kannn. hailaaaaa..haila.

 

Sekarang 3.50 ptg.Insyaallah kul 5.15 nanti saya balik..tapi suspen je nak balik ni..apa lagi laaaaa yang dibuatnya  hari nih. Aduhai LUTHFIL HADI.

 

 

insyaallah, kita jumpa kat pwtc nanti saya akan bawak dia. jgn haru biru sudah nanti di sana!

 

 

Posted at 3:42 pm by pinkjambu
++ thingsUsaid ++(2)  

April 1, 2008
welcOme..

  • mood : stabil + haapy
  • selera makan : agak memberangsangkan! (ni la..yg xbes!)

            

           25 november 2008 (insyaallah)

 

 

Posted at 3:27 pm by pinkjambu
++ thingsUsaid ++(6)  

March 22, 2008
can u hear..me?

lamanya la saya tak menulis dan lama juga la saya tak masuk ke rumah sendiri: melarat ke saya nih? merempat ? huwaaa...tamau,kasarnya bunyi.

tatau le kenapa dengan saya ni. MALAS? YE. tapi yg betulnya saya tatau nak cerita dan nak tulis apa. teruk kan.

 

Posted at 4:17 pm by pinkjambu
++ thingsUsaid ++(3)  

January 10, 2008
seronoknya..TAHUN BARU

Sejak semalam,sebelum asar hujan mula merembes di bumi Jitra ini. Berhenti sekejap dan menangis lagi tatkala maghrib menjejak. Subuh tadi disambut dengan renyai. Berhenti dan mencurah semula dari zuhur hingga sekarang.Dingin dan nyaman. Setelah agak lama udara panas dan debu menyelimuti ruang di sini.

Kawan-kawan,

SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH!!  yiHaaaaa..semoga kehidupan kita lebih bahagia, lebih gembira dan lebih mengingatiNYA. amen.

Posted at 4:43 pm by pinkjambu
++ meowww... ++  

November 21, 2007
:) heLlO

DUA GENERASI

 

Saiz

S , L(?), XL(?), XXL(?)

Big Smile

 

Posted at 9:18 am by pinkjambu
++ thingsUsaid ++(10)  

November 5, 2007
kawan

kawan tu bukan macam main FUTSAL. Mula-mula kejar..dah dapat sepak..

kawan tu bukan macam main SKATE. Mula-mula gosok..lepas tu pijak..

kawan tu bukan macam main RAGBI. Mula-mula tangkap.. dah dapat tendang..

kawan tu bukan macam PAMPERS.. dah pakai, buang..

kawan tu bukan macam BARANG KEMAS. Waktu baru beli pakai. Dah sengkek gadai.

kawan tu bukan macam PELANGI. Hari cerah takde..hujan gerimis baru muncul..

kawan tu bukan macam KERETA. Rosak skit,jual.. ambik kereta baru..

kawan tu bukan macam CHIPSMORE.. skejap ade skejap tak de..

kawan tu bukan macam BANK. Bila dah takde duit, pegi kat sana ambik.

 

 

kredit : email dari seorang teman lama

 

 

 

Posted at 9:16 am by pinkjambu
++ thingsUsaid ++(1)  

October 28, 2007
30 tahun nan lalu...

saya ralit memerhati, merenung, membelek dan meneliti. adakah iras kami serupa. lalu saya mengambil keputusan *chewah* untuk anda pula membuat penilaian bahawasanya kami seiras pada satu waktu dahulu tatkala saya pada ketika itu seusia dengan dirinya. 4 tahun. *saya berharap dia seiras uminya kerana iras kakaknya tiada langsung bayang wajah saya..huhu*..

 

 1977

2007

itulah diri 30 tahun yg lalu dan saya tetap beranggapan Luthfil Hadi itu memang seirias uminya. ahaks. Wink

 

Posted at 3:58 pm by pinkjambu
++ thingsUsaid ++(3)  

Previous Page Next Page