|
January 9, 2009
dah nk pegi keje la pulakkk..
sebenarnya ini N3 kali yg ke 44 kali saya taip. asal post je..n3 baru tak kuar, tatau nape, sakitnya la hati, geram betul.mood nak bercerita pun dah kematu..tak best betul.
sebetulnya, setelah digendong 9 bulan, dia yang menemani saya sepanjang masa hatta ke bilik air pun selamat saya lahirkan pada 18 Novermber tahun lepas. alhamdulillah dia sihat dan begitu juga saya.
31 disember taun lepas time org countdown nak sambut 2oo9. saya pun sibuk countdown nak lepas pantang 44 hari! genap 44 hari. Ya Rabbi..leganya lepas pantang nih. seksa amat duduk berkurung dalam rumah. 010109..saya ngan gaya itik pulang petang, drive kete pegi kedai ( kedai dekat2 rumah je pun..hehe) syoknya.
hari ni..090109 saya dan DIAN KHADEEJA dah 53 hari.alhamdulillah

kredit utk - Euphoria ( jid )
Posted at 2:30 pm by pinkjambu
Permalink
November 13, 2008
alhamdulillah.
lega.
hari ni di Kedah adalah hari last sesi persekolahan.
nombor satu - rasa lega sebab tak payah lagi nak kalut,kelam kelibut meng'iron' baju sekolah anak dara saya tu.lega sungguh.
nombor dua - tak payah lagi saya terkejar-kejar tiap2 pagi memecut keta menghantar anak dara saya tu ke sekolah : mOkcik tu nak pegi awal, kalau ikutkan dia, naknya kita hantar dia pukul 6:00 pagi! ada ka...hailaaaa.
nombor tiga - tak payah lagi cerah-cerah tanah bergaduh dgn anak gajah saya, si Luthfil Hadi yg ada aje alasannya tanak pegi montessori.konon-konon dia asyik dibuli la..girl suka cubit la. ada ajee alasan.
aikkk..3 sebab je? laa..tadi rasa macam banyak sungguh takpe lah.apa-apa pun yg saya paling konfem ..muka budak berdua tu jernih aje, tahu sgt..mesti dia org yg rasa LEGA sebab bercuti panjang.hehe.
***
KLavu,kak Nina & suami masing2
Selamat menjalankan kerja-kerja HAJI.
semoga segala amalan mendapat keberkatan dan beroleh haji yg mabruk.ameen.
Posted at 8:44 pm by pinkjambu
Permalink
November 8, 2008
waaah, banyaknya maklum balas yang bagus-bagus tentang PAD yang saya baca. saya yang baca je ni pun tumpang berbangga + gembira. Jadi apalah salahnya, sekiranya sang PENULIS pun turut merasa ceria,gembira,terharu dan lega. iyalah kan, bukan senang nak menulis ni (errr..tulis blog sendiri tu..lain cerita, kita main belasah jee,sesuka ati. ahaks )
tapi dalam banyak-banyak review yang saya baca, saya paling tertegun + berkenan tatkala membaca review KUCC. sedapnya dia mengulas, sepadan benar dengan PAD. betul beb ! betul ! caranya, bahasanya..aduhhh. sungguh enak 
Panggil Aku Dahlia oleh NOOR SURAYA

walaupun, saya baru je pertama kali ke rumahnya dan belum pun sempat lagi membaca semua ulasan-ulasan beliau yang lain namun saya yakin mesti semua sedap-sedap juga. nampak gaya, nak kena pegi lagi nih hihi.
cik KUCC, tahniah ya
thumb up 
Posted at 8:30 pm by pinkjambu
Permalink
October 25, 2008
'dia' baru sampai hari ni, tetapi...
saya tunggu 'dia' dari hari rabu lagi. tapi takde, tak sampai pun 
saya tunggu lagi pada hari khamis, sebab ..dan sewajarnya 'dia' memang sampai pada hari khamis. saya tunggu dari pagi, dari start masuk ofis sampai pukul 5:00 ptg ,sampai habis time ofis, tapi 'dia' tetap tak kunjung tiba. bertanya kawan-kawan, mana tau kot ada yg sengaja main aci sembunyi dengan saya, tapi takde, tak sampai pun.
pukul 4:45 saya saya cuba telefon, nak tahu 'dia' sebenarnya sudah sampai di mana? 'jam' di Gua Tempurung atau tersangkut sekitar kawasan banjir, tapi sebab saya tak ada maklumat terperinci tentang 'dia' orang yang sepatutnya dapat membantu pun tidak tertolong. hukhukhuk. akhirnya saya pun balik ofis tanpa 'dia'
'dia' sepatutnya menemani saya sepanjang minggu ini sebab : a. saya sunyi, suami saya takde ,g kursus b. saya cuti dari jumaat - isnin, jd kalau 'dia' tiba di ofis siapa yg akan menyambutnya semasa tempoh saya bercuti tu c. dan yang terakhir, sebabnya, saya sungguh merindui 'dia' dan saat-saat kenangan tersembam di atas meja.
sian saya
hari ni, 25 Okt, cerah-cerah hari saya dah telefon depoh POSLAJU, berbekalkan maklumat dari big boss JS saya menjejak 'dia'. yeahhhhh! ada pun. kesian adik posmen tu yang tumpang bersusah payah pergi mencari posmen yang sepatutnya menhantar 'dia' kepada saya sebabnya saya sendiri ingin pergi menjemput 'dia' saya taknak lagi siapa-siapa yang mengganggu 'dia' dari terus bertemu saya dengan segera.
mengambil 'dia' memegang 'dia' dan baru saja mata saya melekat di alamat, rupa-rupanya 'DIA' yang dikirimkan kepada saya bukan hakmilik saya ! huwaaaaaa nama kat situ, nama NACHA. hukhukhukhuk. ini yang baru dikatakan menangis tak berlagu.
saya call big boss JS, bertanyakan hal ni, Boss pun terkezut. nak nak kata apa lagi. saya nak juga baca, kata saya pada big boss. tapi big boss dah warning..baca elok-elok. OK kata saya.
tapi sepanjang berkereta ke rumah, saya nak membukanya pun tak berani, selak sikit je..yang anak-anak pulak sungguh teruja dengan cover 'dia' dan penulisnya. kata budak-budak tu...." waaaa..bonda sueee..hebatnya"
suami yang kasihan (barangkali) melihat saya yang klip pok -klip pok merenung 'dia' memujuk. sabar la..nanti sampai buku ayu, baca la.
memang pun, saya akan baca buku saya sendiri, sebab buku ni Nacha yang punya.
Nacha, jgn bimbang pinK tak baca pun, nak pegang pun pinK takut, tapi cover plastik tu pinK dah koyak sebab nak konfemkan betul ke..tu bukan pinK punya. dan memang pun bukan pinK punya ~ huwaaaaaa pinK akan pos " Panggil Aku Dahlia " kat Nacha semula ye 
sekian, terima kasih
Yang benar,
pinkJambu 
Panggil Aku Dahlia

Posted at 10:57 am by pinkjambu
Permalink
October 9, 2008
AKAN DATANG : Panggil Aku Dahlia
Petikan daripada : Panggil Aku Dahlia
Dahlia menutupi badannya yang kecil dengan gebar putih. Dia berjalan perlahan-lahan ke ruang tamu di tengah rumah tingkat tiga itu dengan telanjang kaki. Ruang yang sederhana luas itu, sebahagiannya ditutupi rak buku yang tinggi hampir mencecah ke lelangit rumah. Ada sofa lembut warna merah jambu ...

Wadi sempat menjeling ke arah beranda juliet. Mencari-cari sebuah wajah, yang membuat hatinya serba salah sejak beberapa hari ini. Walaupun dia senang Dahlia sudah pulang, Namun hatinya tetap tertanya-tanya, kenapa dia harus pulang? Kenapa pada saat ini?
Posted at 11:06 pm by pinkjambu
Permalink
September 1, 2008
huwaaaa
n3 ygku taip tetiba hilanggg time nak publish!
huwaaa..memang tak patuttt
Posted at 11:11 pm by pinkjambu
Permalink
August 27, 2008
kita serupa je,sebenarnya.
25hb yg lepas, Dania ikut trip sekolahnya ke Muzium DiRaja,Muzium Negeri & Tesco (?) . saya pada mulanya mcm nak taknak je lepaskan anak dara tu ikut lawatan , sebab bila baca aturcara ada terPAPAR TESCO! ishhh...kan hilang anak haku dlm Tesco tu, tak ke haru. pikir2 ok laaa..bila abahnya pun kata ok . dia punya la xcited sebab nak naik bas, g ngan kawan2 dan 1001 mcm lagi. malam tu kemain lagi, amik purse, kira2 duit..ada la RM20 (duit yg dia kumpul2) mintak lagi ngan saya..saya pun wat muka slambe " tu,kan dah ada 20,nak watpe byk2 duit, p pun half day je. Dania tak payah la beli benda merapu, beli makanan dah" klip pOk,klip pOk dia pandang saya. OK settle utk malam tu.
pagi 25 tu,
umi, tolong letak kiwi kat kasut dania, OK, siap saya polishkan kasutnya.pastu..saya pun hulur RM15. "Dania tolong beli donut kat Big Apple utk Dania & adik k" pastu saya pun hantar dia ke skool cam biasa.
around 3 ptg dia call (sebenarnya saya pun xcited gak nak ckp ngan dia hehhe)
"Umi, umi teka dania beli apa"..dah dia buat dahhhh, dlm dok pesan tu jgn beli apa.
"dania beli present. kat umi dania beli rantai tgn, kat abah dania beli wallet,kat adik dania beli colouring book"
saya : " ohh..ya ka,donut,dania tak beli ka? "
"dak, cikgu tak bagi turun bawah" ok lahhh..maybe,cikgu pun risau takut students hilang.hehe. tu la,p lagi Tesco!
sampai rumah, saya dah ternampak barang2 yg dibelinya tu. sebenarnya kat opis lagi, saya dah risau..jenuh laaa..esok kena pakai rantai tgn baru!
rupa2nya bracelet yg dibelinya tu..comey sgt,dan saya kalau nak beli pun rasanya saya pun akan pilih yg itu. aduh, terharunya.rupa-rupanya saya underestimate.
dah pegi amik diorg kat rumah mama saya, turun je kete,berlari la dia nak tunjukkan hadiah tu..dan saya n hubby pun wat2 surpised. sebenarnya dlm kete masa otw g amik diaorg saya dah citer ngan hubby dan pesan sekali..nanti tolong appreciate apa yg dia beli tu..sian dia, sebab ingat jugak dia nak beli kat kita, pada hal benda yg dia beli tu,benda murah je. dan untuk dirinya dia hanya beli pemadam & glue je..so touching
__________
bila pandang ke dalam dirinya, saya terkenangkan saya dahulu.26 tahun yg lalu. saya ikut rombongan sekolah ke Penang. Kali pertama ni ikut rombongan! time tu mana ada lagi hiway, nak ke penang pun, punya la jauhhhh.
cikgu dah pesan, bawak bekal nanti nak makan di Taman Bunga (ala, yg ada monyet banyak tuuu) pagi tu mama saya bekalkan saya nasik & udang goreng kuning.sampai sana, berkelahlah kami nih. makan,mandi waterfall. seronoknya lah (time tu, takde la pulak nak fikir mak kita, risau ke hape, happpyyyy je,kan) pastu g round2 penang dan last sekali g Padang Kota. Time tu mana la cikgi2 ni nak bawak kita ni g mall, kan.
saya taktau nak beli apa, nak bawak balik apa kat mama & abah. kat padang kota tu byknya makanan la, paling2 ada di jual belon! tak kan nak beli belon. pikir punya pikir saya beli buah betik potong,banyak la jugak.
sampai je umah midnite tu, saya ngan xcited! (sebijik macam Dania sekarang ni) keluarkan le betik tu..huwaaaa, buah betik dah jadi bubur! terpenyek dan hancur! tapi mama saya tetap kata TQ.
sekarang ni, saya dah faham..perasaan Dania, masa menghulurkan rantai tangan tu kepada saya..sama seperti saya 26 tahun nan lalu.
sooo..touching. TQVM sayang.
Posted at 10:10 pm by pinkjambu
Permalink
August 16, 2008
aduhaii..panas laa mak aiii..rasanyer,kalau bole, le cam nak pasang je aircon kat bodyku yg ayu nih *tgk ibu jari,mana tau kot dah tak nampak* kehkeh. Jitra nih cam dah lama pun tak hujan. panas menjerit!
saya & kids melepak je nih, nak kuar? ishh..takut lak cair ..hikhik tapi kena gak kuar. ada majlis walimatul urus yg rasanyanya mmg kena pegi. jiran ni (walau berlainan taman perumahan) datang rumah saya pagi semalam, jadi baru je la berkenalan. saya yg masih berkaftan dan mulut penuh ngan serbuk milo menyambut dia dekat gate aje. ajak masuk dia tak hendak jadi sesi perkenalan pun kat situ je la. kakak ni bagi saya kad jemputan kawin anaknya dan minta saya pulak jadi tukang jemput. jadi petang semalam saya ngan gaya itik pulang petang pun memulakan agenda menbunyikan loceng kat setiap pagar row rumah sayeee lega..kan.bila dah sampaikan sume amanah org.
jap lagi nak ajak jiran sebelah la pegi, hubbyku takde kat umah. dulu pantang cuti mesti nak g fishing, ni dah sejak saya megendOng..dia dah tak pegi fishing tapi dah asik g repair kete dia lak..jap tambah tu..jap tambah nih. jgn pasni kete tu jadi Transfomers dah le...jadi Megatron! kalau jadi Bumblebee ke..Optimus Prime ke..ok le jugak 
Posted at 12:21 pm by pinkjambu
Permalink
August 5, 2008
Sekarang, Jitra dlm mood hujan.
Saya pun baru pulang dari Bangi-KL lewat petang semalam. di hantar oleh kakyah & kaksue di hentian duta ( thnx sis ) dan sepanjang perjalanan sendirian saya ke Jitra saya ditemani [TUNAS]-Hlovate. Leganya ada kawan . 12:30 - 18:30 [TUNAS] selesai saya habiskan. Memang citernya citer budak2 zaman skool tapi saya yg umonyer 35thn ni boleh plak menantap tiap baris tanpa jemu ..mmm mungkin kerana memori Aa + Bb menyebabkan kita (saya) nak tahu betapa Dr Addin ni nyampah giler kat Benz dan dari situ saya pun nak gak tahu head gurl yg ganaz time skool dulu camne hidupnya kat Tunas..mmg brutal budak GT_1 ni. hehe. to Team JS..TAHNIAH dan saya dalam ruang untuk mula membaca Nysrah pulak 
***
PPku pinK 50sen..ahaks
Tadi sebelum g amik Luthfil Hadi kat kindergarten. saya singgah di rumah bes pren saya Suria, mengutip segala pesanan dari Jakarta , kebaya ( yg ni kena tunggu taun depan baru bole g antar tailor, lambatnyer lee hai ),tudung brg2 make up dannn hehehe. akhirnya dapat juga saya PIPI MERAH (disebut sebagai blusher) yeyeye. ntah ek..sejak 2menjak ni (senang citer sejak ngandung nih la) saya suka sungguh pakai blusher. suka banget! padahal benda alah tu bukan saya penah pakai pun, rasanya last saya pakai masa kawin dulu - 10 taun lepas, pastu masa kat bandung..tu pun setelah Hanim suruh jugak2 saya pakai, tu pun sikitttt je saya tonyoh kat pipi, 5sen je. Ni ..tiba-tiba, alih-alih, saya jadi taksub sungguh ngan blusher..make up nak g keje mesti saya tempek blusher tu 50sen. senyum & tonyoh ngan brush. pastu dok perasan sorang2 kata cantik! ahaks! (sori la..kalau seniri tak puji, sape lagi kan..hikhikhik)
ni tak sabar ni nak g keje esok, nak try blusher baru tQvm Suria tolong beli, TQ daun keladi.
Posted at 1:19 pm by pinkjambu
Permalink
July 17, 2008
sebenarnya esok besday LUTHFIL HADI tapi kat Kedah ni esok cuti jadi besday dia kena la celebrate hari ni sebab si hero tu nak wat party kat sekolah a.k.a kindergarten dierrr.
saya pun amik le cuti hari ni, kebetulan abah dia pun baru balik dr KL jd abahnya pun cuti gak,jd senang le nak berarak ke sekolah bawak makanan. sebenarnya makanan tu saya oder je hehehe..kt rumah saya nih kuali pun sebesar pinggan je. jd camne laaa nak masak banyak2 ..kann (alasanG ke tuh ? hikhikhik)
tengah siapkan dia nak ke sekolah, adik saya pulak call ada kematian di kg,jd mesti la kena g ziarah dulu kan. nak tak nak luthfil g sekolah kul 10.00 pagi heheh sekali ngan kek, goddies n makanan. kul 11.30 balik. amboihh bahagianya dia. sementara tunggu 11.30 tu. hubby bawak pusing2,ronda2..mmm.memang kepala saya pusing pun jugak. mahunya tak, dia pusing sungguh2 sume tempat. adehhh..nak komplin, kan dia kata ckp byk lak.las2 telan je la panadol 
****
berbalik citer besday luthfil yg dicepatkan sehari nih. ada citer kesian : kakaknya dah beli hadiah tapi dibalut dengan ketas surat khabar jeee sebab tak cukup budget. heheh. duitnya habis. nak pecah tabung, duit dlm tabung pun dah abis sebab luthfil suka amik duit kakak dan penuhkan dalam tabung dia sendiri. sungguh tak patut!
camne duit simpanan dia tak abis. minggu lepas dia tinggalkan kemeja sekolahnya kat mall. bila dah on da way nak balik.saya pun tanya la. " dania,baju dania mana?.. "tu la umi. dok kat mana ntah" ..saya? huwaaaa rasa darah dah tembus ke ubun2. geram sangat2. saya cuma kata " awat ni daniaaaa" pastu trus saya diam, dia lak muka slamberrrr je, kot nak rasa regret! geramnya! abah dia la dok pOtpet. saya dah menangis diam2 sebabnya sakit hati yg amat. hahahah. pegi balik ke mall tu pun dah takde. esoknya kena la g beli baju kemeja baru. sebagai denda saya suh dia bayo sendiri *diskus kat umah la* dia pun kuarkan le duit dia RM16.80 tu bagi saya. mana la nak cukup. tapi saya amik gak. harap2 dia akan ingat pas ni.
psttt..duit dania tu saya simpan je tak guna punnn
moralnya: luthfil yg jadi sasaran , hadiahnya cuma dibalut ngan ketas surat khabar lama sebab kakak tarak duit dah. kehkhekeh.
camtu la kisahnyer. untuk adik..
***********
cinta,kasih,sayang untuk buah hati kami
LUTHFIL HADI
Selamat Ulang Tahun Yg ke-5
Posted at 1:58 pm by pinkjambu
Permalink
|
|